Assalamualaikum..
*jangan banyak fitnah, ni kawan aku, Siti namanya*
*Erin, Alex and Zaheed*
*Domo Kun*
*Amani dan Ayu*
Sepanjang proses ini, aku berjumpa dengan ramai orang, Ramai kenalan, yang sebaya, yang muda sampailah ke tua. Berjauhan dengan famili ? Tidak menjadi masalah buat aku, aku boeh cari famili sendiri dekat sini. Bukan niat ingin sombong lupa diri, tapi inilah proses berdikari, berbuat baik dengan ramai orang. Bila famili dah jauh, mungkin famili dekat sini boleh bantu aku waktu susah senang nanti. Nampak tak impaknya dekat aku ? Semakin kenal ramai orang, semakin cepat kita terpengaruh dengan orang sekeliling. Hipotesis yang mudah, tapi bahaya untuk semua orang secara amnya, secara khususnya buat diri aku sendiri. Setiap kali mama telefon, akan dia cakap "Adik, jangan terpengaruh sangat dengan orang, hati hati memilih kawan". Itu bukan omong kosong, itu namanya nasihat, macam dia kenal anaknya yang cepat terpengaruh. Ibu mana yang tak kenal anaknya ? "Aku masih muda", mama terdiam seraya ketawa, seakan akan memahami jiwa muda anaknya. Terima kasih mama. Sedar tak sedar sudah hampir setahun aku dekat bandar metropolitan ni, bermacam dugaan. Dari masalah kolej, sampailah masalah dalam persahabatan, dengan kawan kawan. Itu yang aku takutkan. Dan itu jugalah yang aku perlu tempuhi, aku takdak pilihan lain. Kehidupan tidak memberi peluang untuk aku memilih, ia berterusan sehinggalah aku jumpa titik penamat, yakni mati.
Bercakap tentang konflik, manusia mana yang terlepas dari cengkaman masalah ? manusia gila mungkin, sentiasa bahagia tanpa dipengaruhi oleh persekitaran. Aku tak sepatutnya mengambil masalah ini sebagai satu "masalah", sepatutnya aku kena yakin bahwa masalah ni adalah satu anugerah dari Pencipta. Anugerah yang membolehkan aku berfikiran lebih matang, berfikiran kehadapan dan lebih cekap untuk menyelesaikan setiap dugaan yang mendatang. Dari itu aku faham, ini juga merupakan elemen penting dalam proses berdikari yang terpahat dalam pemikiran aku sejak awal tadi. Aku masih muda. Kenapa aku perlu bebankan kepala hotak aku dengan isu isu kecil yang boleh diselesaikan ? Soalan itu aku biarkan di awangan, biar aku temukan jawapannya suatu hari nanti. Kejap, satu senarai lagu Inggeris aku biarkan terpasang dekat speaker, lebih menenangkan, muzik adalah separuh daripada identiti aku. Pada aku setiap dugaan yang mendatang, muzik menjadi peneman setia, muzik mengurangkan separuh kebimbangan, tetapi aku lebih tertarik dengan muzik Inggeris berbanding melayu, apakah telinga dan jiwa aku sombong kerana tidak mengagumi suara dan lirik puitits Bahasa Melayu itu sendiri ? Melayu adalah aku, tidak pernah aku lupakan bangsa yang membentuk kesopanan aku selama ni dan aku bukanlah ingin menjadi fanatik nasiolis ultra ketuanan Melayu itu sendiri. Aku lebih mendambakan secawan kopi Arabica dari Starbucks ketika ini berbanding bercakap tentang minat mendalam aku dalam muzik. Jom minum kopi dulu nak ?
Bersambung...