ME GUSTA !

Tuesday, May 21

▲▲ How time flies and this is my new life ▲▲


Assalamualaikum..


*jangan banyak fitnah, ni kawan aku, Siti namanya*


                                                               
                                                             *Erin, Alex and Zaheed*


*Domo Kun*


*Amani dan Ayu*

  Tak banyak gambar,tak banyak jugak yang nak diceritakan, dari mauduk itu sendiri korang akan dapat teka apa yang aku leterkan dalam entri ni nanti. Dari last entri, yang bertarikh 31 Mei, aku tiggalkan dunia blog. Baru sekarang tangan menggatal nak menulis balik, bukan apa, banyak benda yang dipendam dalam hati, kalau dulu blog lah tempat luahan hati. Tanggal 2 Jun tahun lalu, dengan rasmi aku jadi perantau, atau musafir dengan lebih tepat. Datang KL bukan takdak tujuan, macam yang aku cakap dulu, aku datang sini nak sambung belajar, dah nak habis sem 3 dah pun. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, buat setakat ini. Pahit manis semuanya ada. Penat lelah sehinggalah tawa suka. Aku masih muda, proses ini bukan suka suka, ini kelangsungan hidup selepas aku habis SPM dulu. Dari detik ini, aku dapat rasakan yang aku dah berjauhan dengan famili dan sahabat handai. Aku tak tahu apa yang ada dalam pemikiran remaja lain apabia berjauhan dengan keluarga, tapi pada aku ini adalah satu peluang atau anugerah untuk aku bermandiri, untuk aku berdikari, dan untuk aku belajar susah senang dengan sendiri. Bukan nak cakap yang aku suka berjauhan, tetapi sampai bila nak berkepit bawah ketiak mak bapak ? Sampai bila aku nak berkepit dengan sahabat handai ? Bahasa aku memang kasar, lupa ka aku ni orang Kedah ? Bukan nak cakap bahasa Kedah itu kasar, tetapi sinonimnya loghat itu sendiri, amat berlainan dengan bahasa baku yang aku belajar dekat sekolah dulu.
 
   Sepanjang proses ini, aku berjumpa dengan ramai orang, Ramai kenalan, yang sebaya, yang muda sampailah ke tua. Berjauhan dengan famili ? Tidak menjadi masalah buat aku, aku boeh cari famili sendiri dekat sini. Bukan niat ingin sombong lupa diri, tapi inilah proses berdikari, berbuat baik dengan ramai orang. Bila famili dah jauh, mungkin famili dekat sini boleh bantu aku waktu susah senang nanti. Nampak tak impaknya dekat aku ? Semakin kenal ramai orang, semakin cepat kita terpengaruh dengan orang sekeliling. Hipotesis yang mudah, tapi bahaya untuk semua orang secara amnya, secara khususnya buat diri aku sendiri. Setiap kali mama telefon, akan dia cakap "Adik, jangan terpengaruh sangat dengan orang, hati hati memilih kawan". Itu bukan omong kosong, itu namanya nasihat, macam dia kenal anaknya yang cepat terpengaruh. Ibu mana yang tak kenal anaknya ? "Aku masih muda", mama terdiam seraya ketawa, seakan akan memahami jiwa muda anaknya. Terima kasih mama. Sedar tak sedar sudah hampir setahun aku dekat bandar metropolitan ni, bermacam dugaan. Dari masalah kolej, sampailah masalah dalam persahabatan, dengan kawan kawan. Itu yang aku takutkan. Dan itu jugalah yang aku perlu tempuhi, aku takdak pilihan lain. Kehidupan tidak memberi peluang untuk aku memilih, ia berterusan sehinggalah aku jumpa titik penamat, yakni mati.

  Bercakap tentang konflik, manusia mana yang terlepas dari cengkaman masalah ? manusia gila mungkin, sentiasa bahagia tanpa dipengaruhi oleh persekitaran. Aku tak sepatutnya mengambil masalah ini sebagai satu "masalah", sepatutnya aku kena yakin bahwa masalah ni adalah satu anugerah dari Pencipta. Anugerah yang membolehkan aku berfikiran lebih matang, berfikiran kehadapan dan lebih cekap untuk menyelesaikan setiap dugaan yang mendatang. Dari itu aku faham, ini juga merupakan elemen penting dalam proses berdikari yang terpahat dalam pemikiran aku sejak awal tadi. Aku masih muda. Kenapa aku perlu bebankan kepala hotak aku dengan isu isu kecil yang boleh diselesaikan ? Soalan itu aku biarkan di awangan, biar aku temukan jawapannya suatu hari nanti. Kejap, satu senarai lagu Inggeris aku biarkan terpasang dekat speaker, lebih menenangkan, muzik adalah separuh daripada identiti aku. Pada aku setiap dugaan yang mendatang, muzik menjadi peneman setia, muzik mengurangkan separuh kebimbangan, tetapi aku lebih tertarik dengan muzik Inggeris berbanding melayu, apakah telinga dan jiwa aku sombong kerana tidak mengagumi suara dan lirik puitits Bahasa Melayu itu sendiri ? Melayu adalah aku, tidak pernah aku lupakan bangsa yang membentuk kesopanan aku selama ni dan aku bukanlah ingin menjadi fanatik nasiolis ultra ketuanan Melayu itu sendiri. Aku lebih mendambakan secawan kopi Arabica dari Starbucks ketika ini berbanding bercakap tentang minat mendalam aku dalam muzik. Jom minum kopi dulu nak ?

Bersambung...


No comments: